Disebabkan tajuk kali ini berkenaan jawatan penjawat awam, saya akan gunakan Bahasa Melayu sebenuhnya, tiada bahasa rojak, mahupun bahasa pesanan ringkas. Mungkin ada beberapa Bahasa Inggeris tetapi akan dicondongkan(Italic).
Seperti yang sedia kita maklum, ramai rakyat Malaysia sekarang mahu bekerja kerajaan sehingga muncullah kumpulan di facebook,” tolonglah, saya mahu kerja kerajaan”. Saya sendiri masih menyertai kumpulan tersebut walaupun telah dilantik sebagai penjawat awam kerana jawatan yang diberi masih belum disahkan lagi.
Kembali kepada tajuk yang diberikan oleh saya sendiri, “sebelum memohon jawatan SPA”. Untuk memohon jawatan tetap di laman web SPA, baik lulusan SPM mahupun PHD, anda harus mengisi borang secara online, yang bermaksud anda harus mengenalikan alat elektronik yang semakin canggih tapi semakin mudah rosak yang bernama Komputer. Borang online mengandungi beberapa halaman yang perlu diisi dengan tepat. Sukacita diingatkan sebelum anda mengisi borang tersebut, sila pastikan sijil-sijil anda berada di tangan kerana anda perlu merujuk sijil-sijil anda untuk mengisi borang. Jika tidak, anda terpaksa menghabiskan banyak kredit telefon untuk menelefon ibu anda supaya memberi maklumat dalam sijil tersebut.
Terdapat 5 jenis jawatan yang perlu dipohon oleh anda bagi setiap permohonan. Dan setiap permohonan perlu diperbaharui setiap setahun. Sebelum anda meletakkan pilihan 5 jawatan ini, sila pastikan anda membaca syarat-syarat permohonan dan cuba membuat carian dalam web popular “google” untuk jawatan yang inigin dipohon. Jadikan saya sebagai contoh yang jelas, yang mengisi jawatan mengikut gerak hati yang selalu membuta tuli. Akibatnya, saya tidak sedar akan prosedur yang diperlukan untuk diberi jawatan-jawatan itu. Sesetengah jawatan memerlukan ujian bertulis dan fizikal. Namun, seperti yang kita sedia maklum, Jabatan Perkhidmatan Awam sering melakukan beberapa perubahan dalam prosedur-prosedur untuk mengambil kakitangan kerajaan. Contohnya, dahulu, hanya beberapa jawatan yang memerlukan ujian bertulis, namun kini, bilangan jawatan tersebut bertambah. Berkenaan ujian fizikal, walaupun dengan logik akal kita berfikir, sebelum ujian lain ditawarkan, ujian fizikal seharusnya dilakukan sebelum ujian bertulis atau temuduga kerana di dalam ujian fizikal selain dari tempoh masa anda berlari 100 meter, terdapat beberapa syarat yang yang saya kira, tidak akan berubah dan tidak mungkin dicapai. Contohnya, ketinggian anda, mestilah 153 cm dan ke atas, berat badan 46 kg ke atas, ukuran dada ? cm (calon lelaki sahaja). What the ???. Maaf saya telah tersimpang di dalam menggunakan perkataan sopan saya sebentar tadi. Disini saya tidak menyalahkan pihak yang membuat syarat-syarat tersebut, bahkan saya menyalahkan calon-calon yang memohon (termasuk diri saya sendiri) kerana tidak membuat kajian terperinci mengenai jawatan yang dipohon walaupun telah diajar di dalam beberapa kursus seperti “HOW TO GET YOURSELF EMPLOYED”. Namun sebagai manusia, kita sering alpa.
Saya menulis hanya untuk mengingatkan kepada pemohon-pemohon supaya tidak tersalah pohon jawatan. Ujian fizikal mungkin kita mampu lulus dengan jayanya jika kita berusaha. Namun, syarat fizikal yang satu ini iaitu ketinggian memang mustahil untuk dipenuhi. Jika anda membuat pembedahan plastik sekalipun, hanya satu inci yang bertambah dan mengambil masa selama setahun dan sebagai golongan yang sudah melepasi usia untuk menambah ketinggian walaupun anda mengambil calciyum atau minum susu 10 botol sehari, bak kata cinta hati saya dalam bahasa Jepun, zettai muri-muri (totally impossible). Oleh itu, haruslah anda sebagai pemohon kerajaan, tolong membuat kajian mengenai jawatan yang dipohon dengan amat terperinci.
No comments:
Post a Comment